Tempatan

Banjir: Masjid, Surau Diseru Adakan Solat Hajat – Mohd Na’im

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2023 – Masjid dan surau di seluruh negara diseru agar dapat mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk negara dan seluruh mangsa banjir yang terjejas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat bersimpati dan sedih akan musibah yang menimpa mangsa banjir di beberapa negeri yang terkesan sejak beberapa hari lalu.

“Saya telah mengarahkan agensi-agensi dan seluruh jentera Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa selain turun dan membantu mangsa-mangsa banjir menerusi tabung bantuan sedia ada,”

“Saya juga akan bersama agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk meninjau dan membantu saudara-saudara kita yang terkesan di negeri-negeri terjejas. Hari ini saya akan tiba di Kuala Lumpur setelah selesai urusan lawatan ke Dayah Madani, Acheh, Indonesia bagi memperkukuh kerjasama antara dua negara terutama melibatkan umat Islam dua negara serumpun. Lawatan ini telah saya singkatkan, berikutan kejadian banjir yang menimpa rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu beliau memohon masjid serta surau di seluruh negara dapat mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk negara dan seluruh mangsa yang terjejas.

Beliau turut memanjatkan doa agar seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan terutama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan seluruh agensi yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: