Tempatan

Malaysia Nak Lahirkan Generasi Vapers? – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 April 2023 – “Generasi apa yang negara kita hendak lahirkan kalau pelajar-pelajar sekolah sudah mula ketagihan vape? Generasi Vapers?”

Tegas Haji Aminuddin Yahaya menerusi sebuah hantaran laman Facebooknya mengenai keputusan Kerajaan membenarkan vape dalam kalangan pelajar sekolah semalam.

Beliau mengeluarkan hantaran tersebut sebagai maklum balas terhadap artikel Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertajuk ‘IIUM Rector Dzulkifli Slams Health Minister’s ‘Betrayal’ Of Poisons Board’.

BACA JUGA: AWAS! Amil Palsu, JAWI Minta Masyarakat Waspada

BACA JUGA: Istana Negara Nafi Keluar Kenyataan Isu Integriti Perkhidmatan Awam

BACA JUGA: Kadar Bayaran Saman Trafik RM50 Sahaja, Bermula Jumaat Ini

Katanya, “Kenyataan dari Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan satu kritikan yang tepat dan sewajar diberi perhatian oleh semua pihak khususnya kerajaan.”

“Kenapa dibenarkan vape dalam kalangan pelajar sekolah? Bukankah telah dibuat keputusan oleh Lembaga Racun Malaysia (Poisons Board) untuk mengharamkannya?” soal beliau.

Dalam pada itu, menurut Hj Aminuddin, keputusan yang dibuat oleh Kerajaan dikatakan begitu mendadak dan terburu-buru dalam masa 24 jam bahkan mereka telah mengenepikan Lembaga Racun Malaysia.

Tindakan tersebut juga telah menimbulkan pelbagai persoalan termasuk, “Apa sebenarnya motif Menteri dalam hal ini? Adakah di sana ada kepentingan-kepentingan pihak tertentu yang perlu dijaga sehingga sanggup menggadaikan anak-anak sekolah?”

Justeru itu, beliau menggesa Kerajaan menarik balik keputusan membenarkan vape dalam kalangan pelajar sekolah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: