KKM Tekad Tangani Masalah Doktor Kontrak – Menteri
KUALA LUMPUR, 04 April 2023 – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bertekad akan menangani masalah doktor kontrak dalam masa terdekat.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama-sama kementerian yang lain akan mempercepatkan usaha menangani isu berbangkit melalui Suruhanjaya Reformasi Kesihatan.
BACA JUGA: JAKIM Nafi Tarikh Tular Aidilfitri 2023
BACA JUGA: Pertubuhan Islam Bantah Pembinaan Patung Mazu
BACA JUGA: Gempa Bumi 6.2 Skala Richter Melanda Utara Sumatera, Dirasai Malaysia
“Saya juga memahami kekecewaan dan masalah yang dialami kini, jadi saya bersama rakan-rakan di pelbagai kementerian melalui Suruhanjaya Reformasi Kesihatan akan mempercepatkan usaha menangani isu tersebut,” tulisnya.
Menjawab kepada kenyataan media Hartal Doktor Kontrak, beliau berbesar hati untuk bekerjasama dan menerima cadangan mereka untuk memastikan transformasi terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan negara ini.
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Hartal Doktor Kontrak atas pencerahan yang diberikan berkaitan mogok doktor kontrak baru-baru ini.
Jelas beliau, kematangan, kesabaran dan pemahaman mereka dalam menangani masalah itu sememangnya boleh membawa kepada penyelesaian bersama.
Sebelum ini, pihak sekretariat Hartal Doktor Kontrak memaklumkan bahawa pihaknya tidak terbabit dan tiada sebarang pengaruh secara langsung atau tidak langsung dalam Mogok Doktor Kontrak yang diadakan mulai pada Isnin sehingga Rabu.