Tempatan

STR 3 Disalurkan 26 Jun, Rayuan Dibuka Pada Julai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Jun 2023 – Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) akan disalurkan kepada penerima mulai 26 Jun ini, manakala permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.

Menerusi siaran media, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan memaklumkan lebih 8 juta golongan B40 bakal memperoleh manfaat daripada pembayaran tersebut.

Ujar beliau, “Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023. Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat.”

BACA JUGA: Demam, Selesema Tular Mungkin Kerana Gelombang Haba, COVID-19

BACA JUGA: Simpan Barang Kawalan, KPDN Temerloh Rampas 37,774 Kilogram Minyak Masak

BACA JUGA: Kumpulan Gesa Kerajaan Tidak Letak Sebarang Syarat Untuk Kerakyatan Termasuk Anak Tidak Sah Taraf, Tiada Dokumen

Tambahnya, STR 3 membabitkan peruntukan bernilai lebih RM2 bilion di mana penerima bakal mendapat antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti dalam jadual di bawah:

STR-3.png?resize=527%2C148&is-pending-load=1#038;ssl=1

Memetik kenyataan, “Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.”

Bagaimanapun, bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR 3, orang awam boleh melayari Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: