Antarabangsa

Malaysia Dinobat ‘Destinasi Mesra Muslim Terbaik’ & ‘Destinasi Mesra Muslimah Terbaik’ Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 02 Jun 2023 – Malaysia dinobatkan sebagai ‘Destinasi Mesra Muslim Terbaik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra Wanita Muslim Terbaik’ pada Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pengiktirafan tersebut dianugerahkan oleh CrescentRating dan Mastercard.

Menurut beliau, pencapaian itu telah menguatkan lagi kedudukan dan penjenamaan negara sebagai peneraju segmen pelancongan Islam serta pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim di peringkat serantau dan antarabangsa.

BACA JUGA: GEMPAR! Kubu Purba Kota Baitulmuqaddis Ditukar Menjadi Muzium Yahudi

BACA JUGA: Kos Ibadah Korban Di Tanah Suci Meningkat

BACA JUGA: Kes Hak Jagaan Anak Orang Asli: Mahkamah Perintah ‘Gag Order’ Kepada Semua Pihak Terbabit

Katanya, pelancong Muslim merupakan pasaran yang semakin melebar dalam industri pelancongan apabila populasi umat Islam seluruh dunia dianggarkan mencecah 2 bilion orang.

“Kadar pemulihan pelancongan Islam di peringkat global juga memberangsangkan apabila mencatatkan 110 juta ketibaan pelancong muslim pada tahun lepas.”

Dalam pada itu, majlis sama mengumumkan, Malaysia mendahului senarai dalam carta ‘Destinasi Mesra Muslim Terbaik’ dalam laporan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023.

Lebih membanggakan, Malaysia turut berjaya menarik seramai 2.12 juta pelancong Muslim ke dalam negara pada tahun lalu, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM 5.37 bilion.

Mengulas lanjut, Tiong menggalakkan usahawan dan penggiat industri tempatan agar mengembangkan tawaran khidmat mesra Muslim sebagai satu nilai tambah dalam menyebarluaskan industri pelancongan Islam dalam negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: