KKM Lancar Label Braille, Bantu Pesakit OKU Penglihatan Kenal Ubat
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 06 Januari 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan Label Ubat Mesra OKU Penglihatan bagi membantu pesakit Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan dalam urusan pengambilan ubat.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi KKM, inisiatif yang dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, YB Dr. Zaliha Mustafa itu akan menggunakan tulisan Braille pada label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU Penglihatan di mana ia akan menjelaskan tentang cara pengambilan atau dos ubat contohnya dua biji ubat, tiga kali sehari.
BACA JUGA: Isu Pelancong China: Bimbang Sistem & Kakitangan Perubatan Terbeban, PPM Gesa Ujian Sebelum Masuk
BACA JUGA: Isu Pelancong China: Kerajaan Perlu Tegas Sebelum Nasi Jadi Bubur
BACA JUGA: Bawa Masuk Pelancong China, KKM Mahu Rakyat Ambil Dos Penggalak
Malah, label itu juga mempunyai indikasi ubat yang akan menerangkan tentang kegunaan ubat tersebut seperti demam, batuk atau selsema misalnya.
“Inisiatif Label Ubat Mesra OKU Penglihatan akan dilaksanakan di 250 fasiliti kesihatan KKM terpilih di seluruh negara.”
“Inisiatif ini merupakan peluasan kepada Program Kenali Ubat anda bagi menyokong Malaysia Patient Safety Goals 2.0 di bawah Medication Safety: Medication Without Harm,” memetik kepada hantaran KKM berkenaan.
Pelaksanaan inisiatif ini sekali gus menjadikan Malaysia antara negara terawal di rantau Asia yang melaksanakan inisiatif Label Ubat Mesra OKU Penglihatan.
Malah, seramai 55,000 OKU Penglihatan bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif ini.
Justeru, inisiatif ini mencerminkan kesungguhan dan keprihatinan pihak Kerajaan untuk memastikan OKU Penglihatan mendapat hak untuk menerima maklumat yang tepat dalam urusan pengambilan ubat secara selamat.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa seiring dengan Konvensyen Mengenai Hak OKU dan Akta Orang Kurang Upaya 2008.