Antarabangsa

Lucut Kewarganegaraan, Penjara & Denda, Zimbabwe Lulus ‘Akta Patriot’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ZIMBABWE, 02 Jun 2023 – Parlimen Zimbabwe telah meluluskan sebuah bil undang-undang yang akan memberi hukuman terhadap warga negara tersebut yang melakukan tindakan-tindakan yang “tidak patriotik”.

Undang-undang baharu negara tersebut menetapkan hukuman sehingga 20 tahun penjara, penarikan semula kewarganegaraan serta denda.

BACA JUGA: Lagu Pujian Kristian Ala Selawat Nabi, Umat Islam Dinasihat Berhati-Hati

BACA JUGA: AMARAN! 11 Kawasan Rekod Status Cuaca Lebih 35°C

BACA JUGA: Mangsa, Waris Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Gesa Dedah Laporan Penuh

Undang-undang yang dipersetujui oleh ahli parlimen dengan jumlah 99 melawan 17 bagi Criminal Law Code Amendment Bill pada Rabu lalu turut mengandungi klausa Akta Patriot yang menjenayahkan “tindakan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan nasional Zimbabwe dengan sengaja”.

Kesalahan yang disenaraikan termasuklah bagi mana-mana warga negara yang berhubungan dengan wakil-wakil asing untuk menyokong bagi sebarang sekatan dilakukan terhadap Zimbabwe atau bagi menjatuhkan kerajaan negara tersebut.

Parti pembangkang negara tersebut, Citizens Coalition for Change (CCC) menyifatkan bil undang-undang tersebut sebagai “merbahaya” serta “tidak berperlembagaan” serta menjadi ancaman bagi amalan demokrasi di negara tersebut.

Manakala para pengkritik pula mendakwa bahawa perkara tersebut telah menyalahi hak kebebasan bersuara serta mensasarkan kawan bagi parti pemerintah masa kini iaitu Zimbabwe African National Union-Patriotic Front (ZANU-PF).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: