Tempatan

“Healthcare Is Crumbling”, Anwar, Lakukan Sesuatu!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2023 – “KKM, the leader is @Zaliha_DrZ, MOF, the leader is @anwaribrahim. You asked for the prev gov to act, and now you are the gov. You are the leader. You have the power to execute. The healthcare is crumbling, do something!

Ini tuntutan gerakan Hartal Doktor Kontrak kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam isu yang membelenggu pegawai perubatan kontrak.

Kata gerakan itu lagi menerusi laman Twitter, “Staf mengadu penat. Rakyat mengadu tunggu lama. APA KERAJAAN DAN AGENSI TENGAH BUAT NI?”

Menurut Hartal Doktor Kontrak, mereka mahu melihat perkembangan dalam isu ini walau apa pun keputusannya.

Namun, sehingga sekarang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih mendiamkan diri.

We want to see progress. The result, fine, understandable as this requires time to settle. As the head of MOF, we want his say on this issue. So far, no words since he is appointed.”

BACA JUGA: AidilFitri: Selepas Menu Rahmah, Raya Rahmah Pula Bakal Diperkenalkan

BACA JUGA: Guna Logo Halal Haram, Kilang Bungkus Kopi & Teh Diserbu

BACA JUGA: YDPA Sempurnakan Majlis Pengurniaan Rumah YASA Kepada Penerima

Perkara ini turut dipersetujui oleh beberapa orang pengguna media sosial lain.

@yellowdollx menegaskan, “It’s budget. Prioritisation. No one asked for miracle solution for age old issue. All they ask for is progressive ACTION. Walk the talk on reform while fire fighting. At least our fighters will see the light at the end of the fire fight.”

Manakala seorang lagi pengguna media sosial, @mikerisanpula berkata, “’Struktur sistem’ kesihatan Mesia nie dah broken sebonarnya…jika nak betulkan, confirm perlukan fund yang besar dan masa yg. agak lama….fund yg. besar dan masa yg. agak lama, boleh ada kah at this moment? Contract doc. just one of the elements…”

Semalam, media melaporkan kenyataan dari Dr Zaliha Mustafa dalam sidang Parlimen yang menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang mahu menyerap semua kakitangan kesihatan – termasuk doktor – yang berkhidmat bukan secara tetap menjadi kakitangan awam.

Namun, ada kekangan iaitu ketiadaan dana untuk melakukan pengambilan tersebut serta keterbatasan perjawatan.

“Isu ini bukan hanya terletak pada bahu KKM sebaliknya perlu dibincangkan dengan pelbagai agensi lain termasuk JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan MOF (Kementerian Kewangan),” kata Dr Zaliha lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: