Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian
KUALA LUMPUR, 02 Jun 2023 — Lebih lima juta rakyat Malaysia didapati mencari alat penyaman udara di platform e-dagang utama bulan lepas.
Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd. berkata, carian untuk kata kunci ‘kipas penyejuk’ meningkat 16 kali dalam pembelian pada April 2023 sahaja.
BACA JUGA: Doktor Mahu Caj RM1 Klinik Kesihatan Dinaikkan
BACA JUGA: Isu Air: Kelantan, Sabah, Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Pusat
BACA JUGA: Johor Sasar 8,000 Orang Awam Khatam Al-Quran Setahun
“Dalam tempoh yang sama, terdapat lebih tiga juta carian untuk kipas dan lebih lima juta carian untuk pendingin hawa.”
“Shopee melihat peningkatan dalam pencarian dan pembelian untuk kipas dan pendingin hawa di tengah-tengah peningkatan iklim.”
“Pembelian pendingin hawa dan penyejuk menyaksikan peningkatan sebanyak 22 peratus manakala pembelian kipas meningkat sebanyak 12 peratus bulan lepas berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.
Dalam pada itu, Lazada Malaysia turut memaklumkan bahawa air mineral, pembuat ais, pendingin hawa, penyejuk dan pelembap untuk rumah, kipas siling dan berdiri, kipas pegang tangan mudah alih, dan cadar penyejuk serta pelindung tilam adalah antara barangan popular yang dicari oleh orang ramai pada masa kini
“Sejak April 2023 hingga sekarang, ‘Kempen Beat The Heat’ kami mencatatkan peningkatan lebih daripada 40 peratus carian, ditambah pada troli dan dibeli di platform kami,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga September, susulan permulaan Monsun Barat Daya.