Antarabangsa

Media Ajar Kerahsiaan Digital, Galak Gugur Kandungan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Ogos 2022 – Berikutan keputusan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat berkenaan dengan undang-undang pengguguran kandungan, beberapa media di negara tersebut kini mengajar para wanita supaya melakukan prosedur kerahsiaan pada gajet mereka supaya mereka dapat menyembunyikan bukti pengguguran janin daripada pihak polis.

Keputusan kehakiman yang dikenali dengan kes Roe v. Wade yang telah dibuat pada bulan Jun tahun ini telah menyatakan bahawa perlembagaan negara tersebut tidak memberi kebenaran untuk menggugurkan janin. Kini 13 negeri telah membuat sekatan terhadap prosedur pengguguran dan dijangkakan 12 negeri lagi akan mengikut jejak langkah yang sama.

Beberapa media di Amerika Syarikat telah membuat hantaran mengenai hak privasi digital individu dan kaitannya dengan kebarangkalian pihak berkuasa AS dapat menjejak jika terdapat sebarang prosedur pengguguran dilakukan berdasarkan data yang dimuat naik oleh pengguna.

Menurut media-media tersebut, keputusan Roe v. Wade ini akan menjadikan undang-undang privasi data sebagai satu isu yang membabitkan hal hidup dan mati. Misalnya, aplikasi berkenaan ovulasi wanita dapat dilihat oleh pihak berkuasa dan ianya dapat memberi maklumat jika seorang individu itu ada melakukan prosedur pengguguran.

Terdapat juga media yang memuat naik hantaran berkenaan pasca Roe v. Wade, di mana undang-undang berkenaan privasi digital, yang mana gerak geri individu di dalam dunia maya dalam mencari “reproductive healthcare” boleh digunakan bagi mengambil tindakan terhadap individu tersebut. Artikel yang sama juga mengajar mengenai kaedah untuk membuat tindakan kerahsiaan pada aplikasi komunikasi masing-masing.

Media-media yang berkongsi hantaran berkaitan hak privasi digital kebanyakannya berbahas mengenai rang undang-undang yang sama, serta kaedah bagi merahsiakan aktiviti dalam talian yang hampir serupa.

Perkara ini telah dilihat oleh golongan yang menentang praktis pengguguran, yang kebanyakannya terdiri daripada parti Republikan dan dari golongan konservatif Kristian sebagai satu usaha terancang bagi rakyat negara tersebut terus melakukan pengguguran janin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: