Australia Bakal Beli 120 Peluru Berpandu Tomahawk Daripada AS
AUSTRALIA, 19 Mac 2023 – Australia telah membuat perancangan untuk membeli sehingga 220 unit peluru berpandu Tomahawk daripada Amerika Syarikat (AS) setelah Jabatan Negara AS telah meluluskan perjanjian harga penjualan senjata tersebut pada harga hampir $199 juta.
Perjanjian tersebut yang melibatkan peluru berpandu serta bantuan teknikal telah berlangsung beberapa hari setelah Australia membuat pengumuman bahawa mereka akan membeli tiga unit kapal selam serangan yang berkuasa nuklear.
BACA JUGA: Anggota Kesihatan Dilarang Tolak Pesakit – Menteri Kesihatan
BACA JUGA: Sejak DAP Berkuasa, Pulau Pinang Amal Dasar Perkhidmatan Awam ‘Merit’
BACA JUGA: ICC Keluar Waran Tangkap Ke Atas Putin
Para pegawai Australia menyatakan bahawa kapal selam berkuasa nuklear tersebut mampu untuk menembak peluru berpandu Tomahawk.
Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS pada Jumaat lalu, mereka menyatakan bahawa Australia adalah salah sebuah negara sekutu mereka di Western Pacific.
Jabatan yang sama turut menyebutkan bahawa lokasi strategik Australia “sangat menyumbang bagi memastikan keamanan dan kestabilan ekonomi di rantau itu.
Dalam kenyataan yang sama, Jabatan Pertahanan AS turut menyatakan bahawa dengan menggunakan Sistem Senjata Tomahawk, Australia akan menyumbang terhadap kesiagaan global dan meningkatkan keupayaan tentera AS dalam melakukan operasi bersama-sama.
Menteri Pertahanan Australia, Richaed Marles menyatakan bahawa Australia memerlukan peluru berpandu yang berjarak lebih jauh. Menurutnya lagi, ianya akan membolehkan negara tersebut membuat jangkauan lebih jauh melangkaui pantai Australia dan perkara tersebut dapat menjamin keselamatan Australia.