Antarabangsa

AS Tidak Akan Terlepas Jika Konflik Palestin-Israel Meningkat – Iran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 29 Oktober 2023 – Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian telah menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) “tidak akan terlepas daripada nyalaan ini” jika “pembunuhan beramai-ramai” yang dilakukan oleh Israel terus berlaku.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan beliau sewaktu berlangsungnya sesi Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada Khamis lalu.

Ujarnya, “Saya menyatakan secara jujur kepada para pemimpin AS dan tenteranya yang kini menguruskan pembunuhan beramai-ramai di Palestin, yang kami tidak mengalu-alukan perluasan perang di rantau ini”.

“Namun saya memberi amaran jika pembunuhan beramai-ramai ini berterusan, mereka tidak akan terlepas dari nyalaan (konflik) ini”.

“Ini adalah kediaman kami dan Asia Barat adalah rantau kami. Kami tidak berkompromi dan menyebelahi mana-mana pihak, dan kami tidak akan teragak-agak jika ianya melibatkan keselamatan kediaman kami”.

Sebelum ini, Presiden AS Joe Biden telah berikrar bahawa Washington akan “terus bersama” dengan Israel dan kini beliau sedang mendesak Kongres untuk meluluskan pakej bantuan ketenteraan dengan jumlah $14 bilion kepada Israel.

Sejak bermulanya konflik pada awal bulan ini, AS telah menghantar dua buah jantera pembawa pesawat dan beberapa aset-aset lautan, beberapa jet pejuang F-16, beberapa sistem pertahanan udara serta 900 orang tentera ke Timur Tengah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: