Antarabangsa

Pasaran Kerja AS Lembab, Nasib Tenaga Kerja Asia Tidak Menentu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 02 Disember 2022 – Syarikat-syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) kini sedang dalam proses mengurangkan tenaga kerja dan perkara tersebut telah memberi kesan kepada pekerja asing yang bekerja di AS dalam sektor tersebut.

Pakar-pakar IT dari Asia yang bekerja di AS di bawah visa pekerja kini sedang berhadapan dengan tekanan disebabkan hal tersebut.

Syarikat-syarikat seperti Meta, Amazon serta Lyft telah membuat pengumuman mengenai pemotongan jumlah pekerja pada beberapa minggu kebelakangan ini berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kenaikan kadar faedah serta lebihan kapasiti di dalam industri tersebut telah menyebabkan sekitar 64,000 orang telah kehilangan pekerjaan mereka dan angka tersebut adalah bagi bulan November sahaja.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada layoffs.fyi yang merupakan sebuah platform bagi mengesan kadar kehilangan pekerjaan di AS, perkara tersebut telah menyebabkan pekerja asing terkesan dengan teruk disebabkan kehilangan pekerjaan.

Jumlah pekerja Asia yang bekerja di industri teknologi AS adalah tinggi berikutan negara tersebut kekurangan kemahiran dari warga tempatan. Di bawah pensyaratan visa H-1B, majikan di AS boleh mengambil pekerja luar jika tiada warga tempatan yang dapat melaksanakan kerja-kerja yang diperlukan.

Sejak 2019, firma-firma teknologi yang besar di AS seperti Amazon, Meta, Twitter dan beberapa yang lain telah membuat sekitar 45,000 permohonan visa untuk warga asing bagi bekerja dengan syarikat mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: