Antarabangsa

50% Hindu Akan Peluk Islam Jika Muslim Jadi PM – Ketua Sami

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 06 April 2022 – Sami Kuil Dasna Devi, Yati Narsinghanand yang terkenal dalam membuat kenyataan tidak bertimbang rasa terhadap orang Islam baru-baru ini mencetuskan lagi kontroversi apabila mengatakan bahawa sekiranya seorang Muslim menjadi PM, 50 peratus penganut Hindu akan memeluk Islam.

“Hanya 2029 atau 2034 atau 2039 seorang Muslim akan menjadi Perdana Menteri. Apabila seorang Muslim akan menjadi PM, 50 peratus Hindu akan menukar agama, 40 peratus akan dibunuh dan baki 10 peratus sama ada akan tinggal dalam kem pelarian atau di negara lain dalam tempoh 20 tahun akan datang.”

“Dalam 20 tahun jika seorang Muslim menjadi Perdana Menteri India, 50 peratus orang Hindu akan menukar agama,” ujarnya.

Kenyataan Narsinghanand itu dikeluarkan dalam program Hindu Mahapanchayat, sebuah program yang tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa Delhi.

Mahapanchayat itu yang dianjurkan di perkarangan Burari oleh kumpulan sama sebelum ini turut mengadakan acara kontroversi yang serupa di Haridwar dan Jantar Mantar di mana slogan anti-Muslim dibangkitkan.

Terdapat juga ciapan di aplikasi Twitter oleh seorang wartawan yang mengatakan bahawa dua lelaki muda Islam dari media telah diserang oleh perusuh Hindu di acara itu namun ia disangkal oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis (Barat Laut), Usha Rangnani yang mengatakan bahawa tiada siapa yang telah ditahan.

Sami itu juga menggesa umat Hindu untuk mengangkat senjata dan memperjuangkan hak mereka.

“Ini akan menjadi masa depan orang Hindu. Jika anda ingin mengelakkan masa depan ini, maka jadilah seorang lelaki dan angkat senjata,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: