Antarabangsa

Biden ‘Sedih Dan Marah’ Atas Pembunuhan Empat Muslim New Mexico

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 08 Ogos 2022 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meluahkan kekesalannya di atas insiden pembunuhan empat lelaki beragama Islam di Alburquerque, New Mexico.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, Biden mengatakan, “Saya marah dan sedih dengan pembunuhan ngeri empat lelaki Islam di Alburquerque. Sementara kita menunggu siasatan penuh, doa saya bersama keluarga mangsa.”

Biden turut menegaskan bahawa pentadbirannya berdiri teguh bersama masyarakat Muslim dan serangan kebencian tidak seharusnya wujud di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, ‘keprihatinan’ Biden mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Seorang pengguna Twitter berkata, “Betul, serangan kebencian ini tiada tempat di Amerika. Ia dikhaskan untuk orang miskin dan negara yang dibom dron AS sehingga dilupakan.”

 

Seorang lagi pengguna pula mengatakan, “Tunjukkan empati anda dengan mengubah dasar. Lakukannya untuk Muslim Amerika dan di seluruh dunia. Lakukannya untuk pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di sini di AS, dan di seluruh dunia, untuk semua golongan minoriti. Kata-kata tidak bermakna tanpa tindakan.”

Samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa Polis New Mexico dan agensi persekutuan sedang menyiasat kes pembunuhan Muslim yang keempat bagi menentukan sama ada terdapat sebarang kemungkinan pembunuhan terbaharu itu berkait rapat dengan tiga kes sebelumnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: