Antarabangsa

AS Mesti Diselamatkan Dari Perang Dunia Ke-3 – Trump

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 18 Jun 2024 – Mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah bertindak memberi amaran berkenaan kemungkinan tercetusnya perang dunia ke-3 jika negara tersebut masih berada di bawah pentadbiran Joe Biden.
Menurut Trump lagi, beliau berupaya menghalang malapetaka tersebut daripada berlaku sekiranya dipilih untuk menggantikan Joe Biden pada kerusi presiden.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu beliau berucap pada acara Turning Point USA di Detroit pada hari kelmarin. Menerusi ucapannya, Trump turut menegaskan bahawa sepanjang tempoh pentadbiran di bawah kepimpinan beliau pada penggal 2017-2021, beliau sama sekali tidak memulakan sebarang konflik.
Justeru beliau berikrar akan berusaha kearah memulihkan keamanan terutamanya di Ukraine jika beliau berjaya memenangi pilihanraya presiden akan datang.
Ujar Trump lagi, “kelemahan dan kegagalan” Biden ini sedang meletakkan AS di dalam “bahaya yang besar” serta “mengheret kepada Perang Dunia ke-3”. Trump turut menyatakan bahawa Biden telah melakukan banyak kerosakan terhadap negara tersebut, lebih buruk dari jumlah kesalahan yang telah dilakukan oleh 10 orang presiden terburuk negara tersebut yang terdahulu.
Pada awal bulan ini, wakil parti Republikan itu juga turut mengeluarkan kenyataan amaran bahawa dunia berkemungkinan bakal terheret ke dalam peperangan nuklear yang dahsyat berikutan keadaan mental Biden yang semakin memburuk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: