Tempatan

Biden Penyokong “Hardcore” Israel Kini Kehilangan Sokongan Rakyat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 16 November 2023 – Bradley Blankenship, seorang wartawan serta pengulas politik Amerika Syarikat (AS) telah menegaskan bahawa Biden kini sedang kehilangan sokongan daripada rakyat negara tersebut.

Perkara tersebut telah dijelaskan oleh beliau menerusi sebuah makalah yang telah diterbitkan oleh media The Russian Times.

Menurutnya ini adalah berikutan keengganan presiden itu untuk menggesa agar dilakukan gencatan senjata terhadap Gaza, yang mana apabila ditanyakan oleh para wartawan tentang kemungkinan serangan keganasan itu dihentikan dan dijawab oleh Biden dengan penuh kepastian,

“Tidak, tiada sebarang kemungkinan”.

Ujar Blankenship lagi, kini sokongan terhadap Biden oleh warga Arab Amerika telah menurun dengan drastik termasuklah di negeri-negeri yang penting, di mana sokongan terhadap presiden tersebut kini berada pada tahap 17 peratus.

Manakala 40 peratus pula telah mempunyai kecenderungan untuk mengundi mantan presiden, Donald Trump yang mewakili parti Republikan pada pilihanraya tahun hadapan, sebagaimana hasil dapatan undian yang dilakukan oleh Arab American Institute.

Dalam makalah yang sama Blankenship turut mengimbas kembali aspek sejarah yang menunjukkan bahawa Biden sememangnya adalah seorang penyokong tegar Israel dan mengulang kembali ucapan presiden tersebut pada tahun 1986 di mana Biden mengatakan,

“Tiada sebarang permohonan maaf yang perlu dilakukan (kerana menyokong Israel). Tiada. Ianya adalah pelaburan tiga bilion dolar terbaik yang kita lakukan. Kalaulah tiada Israel, AS tetap perlu mencipta sebuah Israel pula untuk melindungi kepentingannya di rantau itu”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: