Antarabangsa

Pandemik Baru Bakal Melanda Dunia- Biden

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 24 Jun 2022 – “Akan ada pandemik baru. Kita mesti berfikiran ke hadapan,” tegas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden semasa ucapannya mengenai vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun baru-baru ini.

Ketika sesi soal jawab berlangsung, Biden menerima soalan tentang bekalan vaksin untuk golongan tersebut serta keperluan kewangan negara itu bagi memperolehinya.

“Kita akan melepasi sekurang-kurangnya tahun ini. Kita memang perlu lebih banyak duit. Tetapi kita bukan sahaja perlu duit untuk vaksin kanak-kanak, malah kita memerlukan lebih banyak duit untuk merancang pandemik kedua,” jawab beliau.

Presiden negara itu turut menegaskan kewujudan pandemik baru dan menggesa kerajaan pimpinannya berfikiran ke hadapan. Beliau menyelar pentadbiran lama Amerika Syarikat yang dipimpin Donald Trump, serta mengangkat kerajaannya dengan mengatakan,

“Itu bukanlah sesuatu yang dilaksanakan pimpinan lama dengan baik. Itu sesuatu yang kami lakukan dengan agak baik – sebab itu kami memerlukan duit tersebut.”

Kenyataan Biden mengenai persediaan kerajaan negara tersebut untuk menghadapi pandemik baru telah mencemaskan netizen di laman Twitter.

Seorang pengguna Twitter mengatakan, “Saya rasa saya akan kekalkan pakai topeng muka. Saya tak percaya pada kerajaan ini. Saya tidak tahu apa penyakit baru yang mereka sedang sedia untuk sebarkan. Biden pernah cakap akan ada pandemik baru datang.”

Seorang lagi pengguna mengatakan, “Mereka yang mencipta dan mengedarkan virus mengetahui lebih awal tentang kedatangan wabak baru!”

Leave a Reply

Back to top button