Antarabangsa

Saya Percaya Kita Boleh ‘Hapuskan’ Terus Kanser – Presiden AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 September 2022 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, optimis bahawa penyakit kanser boleh dihapuskan “buat selama-lamanya”.

“Saya percaya kita boleh tamatkan kanser, seperti yang kita ketahui, dan juga rawat kanser buat selama-lamanya,” ucap beliau dalam sebuah ciapan di laman Twitter.

Presiden AS tersebut meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar kematian oleh kanser sebanyak 50 peratus dalam tempoh 25 tahun akan datang.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa beliau akan mengusahakan supaya dana dipertingkat bagi menyokong usaha “Cancer Moonshot”, sebuah usaha bagi menangani penyakit kanser.

“Sebagai sebahagian dari usaha Cancer Moonshot, saya akan menggunakan kuasa saya untuk meningkatkan dana, menyokong ‘Kabinet Kanser’ baharu kita, dan menubuhkan Advanced Research Projects Agency for Health – sebuah agensi dengan satu tujuan: untuk menjana penemuan bagi mencegah, mengesan dan merawat penyakit seperti kanser,” jelasnya.

Kenyataan ini disambut dengan pelbagai reaksi oleh pengguna media sosial, di mana seorang pengguna menyatakan sokongannya terhadap usaha ini.

“Bagus kalau penawar kepada kanser ditemui kerana ia merupakan sebuah penyakit dahsyat yang telah merosakkan kehidupan manusia, dan ia masih berleluasa; ia tidak mudah kerana kanser bukanlah hanya satu jenis penyakit, tetapi harapnya penawar akan ditemui segera,” ujar pengguna tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: