Antarabangsa

Biden Petik Al-Quran, Puji Umat Islam Amerika Sempena Aidilfitri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 04 Mei 2022 – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memetik satu ayat al-Quran dan memuji sumbangan umat Islam Amerika kepada negara tersebut dalam sebuah majlis sambutan Ramadan Bayram atau dikenali sebagai Aidilfitri yang diadakan di Rumah Putih baru-baru ini.

“Muslim-Amerika yang memperkayakan struktur negara ini adalah bukti ajaran Al-Quran yang bermaksud: “Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali antara satu sama lain.”

Biden mengalu-alukan kehadiran puluhan Muslim-Amerika yang terkenal ke majlis itu yang diadakan kerana sumbangan pekerja kesihatan dan saintis Muslim dalam perkembangan teknologi COVID-19 vaksin.

Beliau juga tidak lupa akan jasa pasangan Jerman-Turki, Uğur Şahin and Özlem Türeci yang mempelopori vaksin COVID-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech.

“Hari ini kami meraikan kisah luar biasa sumbangan umat Islam yang diperlukan di seluruh negara ini. Muslim-Amerika, sebahagian daripada Amerika Syarikat telah memberikan sumbangan budaya dan ekonomi yang tidak ternilai kepada masyarakat di seluruh negara,” ujarnya.

Tambah Biden, umat Islam Amerika memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara itu iaitu dalam menangani krisis iklim, membina semula ekonomi negara, menjaga kesihatan dan banyak lagi.

Beliau turut menyentuh isu Islamofobia yang dialami Muslim seluruh dunia. Katanya, “Umat Islam menjadikan negara kita lebih kuat setiap hari, walaupun mereka masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ancaman sebenar dalam masyarakat kita, termasuk Islamofobia dan keganasan yang disasarkan kepada mereka.”

Biden juga berkata bahawa menjadikan Amerika Syarikat lebih adil dan saksama serta inklusif kepada umat Islam adalah tugas yang berterusan.

Leave a Reply

Back to top button