Tempatan

Banjir Monsun Timur Laut Belum Berlaku – Panglima Angkatan Tentera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2021 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Affendi Buang mengingatkan semua pihak bahawa banjir yang diramal akan dibawa hujan lebat Monsun Timur Laut ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung masih belum berlaku lagi.

Tambah beliau, ini menandakan bahawa banjir yang sedang melanda Malaysia sekarang tidaklah seteruk yang diramal akan berlaku kerana Monsun (Timur Laut) belum sampai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Empat negeri tersebut merupakan kawasan tradisi banjir Monsun Timur Laut, ujar Tan Sri Dato’ Seri Affendi.

Menurut beliau lagi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersedia di negeri berkenaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Dalam pada itu, ATM juga sentiasa bersedia dengan kekuatan satu kompeni iaitu lima pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan siap siaga di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

Tegas Tan Sri Dato’ Seri Affendi, ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekunder yang merupakan antara peranan yang dilaksanakan selain dari memikul tugas utama menjaga kedaulatan tanah air.

Berdasarkan situasi semasa, pasukan penguatkuasa sedang memberi tumpuan kepada Pahang yang pada ketika ini menunjukkan peningkatan lokasi dan mangsa banjir yang terlibat iaitu seramai 38,399 orang.

Bagi negeri Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka buat masa kini, keadaan masih terkawal, kata Tan Sri Dato’ Seri Affendi.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak supaya berhenti saling menuding jari mencari salah tetapi bersedia menghadapi bencana alam ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: