Tempatan

Kedah Bakal Dilanda Puting Beliung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 30 Mac 2023 – Kedah dijangka bakal menerima lebih banyak kejadian ribut dan puting beliung ekoran peralihan monsun yang bermula 23 Mac lalu sehingga pertengahan Mei depan.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, Kedah berpontensi untuk kejadian angin kencang termasuk puting beliung kerana bentuk muka buminya yang banyak kawasan la­pang seperti sawah padi.

BACA JUGA: Jalan Utama Ipoh-Butterworth Bakal Dinamakan ‘Jalan Tun Dr S Samy Vellu’

BACA JUGA: Modul Hafazan Yayasan Pahang Jadi Panduan – KKDW

BACA JUGA: Ditegur DAP Setelah Kritik Timbalan Menteri, MCA Dakwa Amal Check and Balance

Jelasnya, semasa peralihan monsun ini cuaca sebelah pagi diramalkan cerah namun sebelah petang hingga malam dijangka hujan le­bat dan angin kencang.

“Cuba elak berada di kawasan yang dilanda ri­but ketika kejadian. Kalau kejadian di rumah cari sudut rumah yang paling kukuh dan selamat untuk berlindung,” katanya.

Sehubungan itu kata­nya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa waspada dengan perubahan cuaca terutama sebelah petang memandangkan kejadian ribut dan puting beliung itu mampu menjejaskan struktur yang tidak kukuh.

Selain itu, beliau turut menyarankan nelayan untuk mengelak daripada ke laut pada waktu petang memandangkan ribut petir juga dijangka berlaku di sekitar perairan Kedah.

Tambah beliau, selain ribut dan puting beliung, peralihan monsun tersebut juga dijangka mengakibatkan kejadian banjir kilat, kepala air, pokok tumbang, tanah runtuh dan panahan kilat.

Kelmarin, kira-kira 60 buah rumah di Yan dan Pokok Sena mengalami kerosakan pada struktur bumbung ekoran dilanda angin kencang selain 50 unit khemah karnival Aidilfitri di Padang Serai turut rosak akibat cuaca terbabit.

Selain Kedah, Perlis turut dilaporkan dilanda ribut dan angin kencang sejak semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: