Tempatan

Petisyen Sokong Cikgu Fadli Capai Hampir 48,000 Sokongan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 – Petisyen yang dilancarkan bagi menuntut keadilan untuk Cikgu Fadli Salleh kini mencapai hampir lebih dari 48,000.

Petisyen yang diwujudkan oleh individu bernama Jamal Yunuh di laman web change.org bertajuk ‘Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh’ itu mula mendapat sokongan sejak semalam.

Menurut Jamal Yunuh, Cikgu Mohd Fadhli Salleh merupakan seorang guru yang berusaha keras untuk memastikan sistem pendidikan negara di landasan yang betul.

“Selaku seorang guru, beliau menginginkan keadilan dalam sistem pendidikan negara. Ayuh kita bersama dalam perjuangan Cikgu Mohd Fadhli Salleh!”

Sokongan padu ditunjukkan oleh pengguna media sosial yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Menurut seorang pengguna media sosial, Shirley Wee, yang juga merupakan seorang pendidik, kelemahan dalam sistem pendidikan harus ditangani untuk masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak masa depan.

“Apa yang diperjuangkan oleh CMFS ialah untuk kebaikan anak bangsa Negara Malaysia. Dia orang yang berada di lapangan. Kena dengar dan selidik. Bukan menghukum,” tegas Naseer Addeen.

Semalam, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memaklumkan akan menyampaikan keputusan persidangan mereka kepada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: