Tempatan

Luruan Monsun, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Sehingga 1 Mac

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 – Luruan monsun dijangka berlaku sehingga awal Mac ini berdasarkan analisis model-model cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Dalam kenyataannya, METMalaysia memaklumkan keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di barat dan tengah Sarawak, timur Sabah serta Semenanjung.

“Sehubungan itu, METMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan yang melibatkan negeri-negeri tersebut berkuat kuasa sehingga 1 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan itu.

BACA JUGA: Amaran: Hujan Berterusan Di Sarawak Hari Ini

BACA JUGA: 6 Premis Hiburan Diserbu, 3 Diarah Tutup Serta Merta

BACA JUGA: Tan Sri Musa Hassan Persoal Bagaimana Sindiket ‘Scammer’ Antarabangsa Beroperasi 4 Tahun Lama?

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan laut China Selatan juga telah dikemaskini berkuat kuasa sehingga 1 Mac ini.

“Kenaikan paras laut dijangka di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga esok dan berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” tambah jabatan itu.

Oleh itu, orang awam dinasihati sentiasa peka dengan amaran cuaca semasa dan dinasihati sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: