Tempatan

Banjir Makin Teruk, Terkini Banyak Sungai Melepasi Aras Bahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

JOHOR BAHRU, 26 Januari 2023 – Bencana banjir di negeri Johor semakin memburuk, menjadikan mangsa banjir melonjak kepada 5,427 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat jam 8 pagi ini, berbanding 4,382 mangsa pada semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, tujuh daripada 10 daerah di Johor kini terjejas banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak empat hari lalu yang bertembung dengan fenomena air pasang besar.

Baca juga : Bekalan Ayam: Fasa Pulih, Benda Hidup Sukar Letak Tarikh – Menteri

Baca juga : Isu Bakar Al-Quran: Umat Islam Digesa Bersolidariti Jumaat Ini

Baca juga : Gangguan Bekalan Air Selama 48 Jam Di Seremban, Kuala Pilah, 31hb Januari

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia setakat pukul 9.45 pagi tadi melaporkan keadaan sungai di negeri Sarawak, Pahang dan Johor kini berada melepasi tahap bahaya.

“Aras air di Roban, Betong di Sarawak kini mencatat aras air 5.21 meter telah melebihi tahap bahaya (5.2 meter) sebanyak 0.01 meter dengan trend menaik.”

“Manakala Sungai Keratong di Jam. Bahau Keratong, di Rompin Pahang pula merekodkan aras air 24.85 meter telah melebihi tahap bahayas (23 meter) sebanyak 1.85 meter, juga dengan trend menaik.”

Di negeri Johor pula, Sungai Gemas di Kg Lubok Kepong di Segamat, daerah paling terjejas kini berada pada aras 19.31 meter telah melebihi tahap bahaya (18.6 meter) sebanyak 0.71 meter.

Sementara di Sungai Khang di Kg Contoh, Kluang dan Sungai Endau di Kg Labong, Mersing masing-masing berada pada ara 15.95 meter dan 2.48 meter telah melebihi tahap bahaya, namun dengan trend menurun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: