Tempatan

TERKINI: Amaran Ribut Petir Di Hampir Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir seluruh negara.

Melalui kenyataan terkini yang dikeluarkan pada 2:55 petang tadi, sembilan negeri terlibat dalam amaran tersebut.

BACA JUGA: KDN Jamin Permudah Urusan Pohon Kewarganegaraan

BACA JUGA: Aktivis Puji Jabatan Pendidikan Johor Batal Program Selawat

BACA JUGA: Majlis 10,000 Tanglung Merah, Tanda Permulaan Baharu Malaysia – Lim Kit Siang

Antara kawasan berkenaan adalah Kubang Pasu dan Bandar Baharu di Kedah, Perak, Kota Bharu, Jeli dan Bachok di Kelantan, Besut dan Dungun di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin di Pahang.

Tambah kenyataan itu lagi, Hulu Selangor di Selangor, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor, Keningau, Ranau dan Sandakan di Sabah turut mendapat amaran yang sama.

Amaran ini dijangka berlangsung sehingga 6:00 petang ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: