PERHATIAN: Angin Kencang, Laut Bergelora Landa Malaysia 5 Hari Ini
KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua bagi kawasan-kawasan yang berkenaan sehingga 2 Jun nanti berikutan Taufan Mawar masih berada di timur laut Filipina.
Menurut jabatan itu, Taufan Mawar kini sedang bergerak menuju ke barat laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (kmsj) sehingga menyebabkan angin kencang di rantau negara ini.
BACA JUGA: Jam SWATCH Dirampas Bukan Sebab Warna Pelangi, Tetapi Cetakan ‘LGBTQ’
BACA JUGA: 50% Ladang Ayam Diancam Muflis
BACA JUGA: Individu Perolokkan Allah, Pendakwah Gesa PDRM Ambil Tindakan
“Bagi kategori pertama, angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, Condore, selatan Reef North, Layang-Layang dan Labuan.”
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
“Kategori kedua pula, angin kencang barat berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, utara Reef North, Palawan dan Sulu.”
Dengan ketinggian ombak yang boleh mencapai sehingga 4.5 meter keadaan ini masih lagi berbahaya bagi aktiviti perkhidmatan feri, bot-bot kecil serta sukan dan rekreasi laut.
Justeru, jabatan itu mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan cakna akan amaran cuaca semasa.