TempatanTerkini

CUACA BURUK: Hujan Lebat Berterusan & Banjir Sehingga Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Disember 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk mengenai hujan lebat berterusan di tiga buah negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Ramalan METMalaysia yang dikeluarkan pagi ini melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di laman sosial Twitter, antara kawasan yang sudah dilanda banjir malam tadi merupakan Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang susulan kenaikan air bermula pada waktu petang.

Kawasan lain yang turut terjejas dan dilanda banjir kilat melibatkan Taman Alamanda 3, Kampung Durian Burung, Manir dan Losong di sini serta Tok Jiring, Batu Enam, Kuala Nerus di Terengganu disebabkan hujan lebat tanpa henti sejak malam tadi.

“Tidak sampai lima minit hujan lebat turun, bahagian dapur hingga ruang tamu rumah saya sudah dipenuhi banjir. Kelam-kabut kami sekeluarga mengalihkan perabot dan barangan lain di tingkat atas rumah yang lebih selamat,” kongsi salah seorang mangsa, Azlinda Mohamad.

Beliau yang sangat kecewa, percaya bencana alam itu boleh dielakkan sekiranya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil cakna menaik taraf sistem perparitan di taman perumahan terbabit.

Dalam pada itu, METMalaysia melaporkan keadaan di beberapa kawasan lain seperti Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan (Jeli dan Gua Musang), serta Pahang (Jerantut dan Maran) yang kini sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga sehingga 10 Disember 2022.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan bersedia dengan sebarang amaran serta kemungkinan yang bakal berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: