Tempatan

Bilangan Hari Tanpa Hujan Lebih Banyak Bermula Minggu Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2023 – Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei 2023 dan akan berterusan sehingga September 2023, lapor Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan.

Ujarnya, semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan. Keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah.”

BACA JUGA: Penutupan Kelas Kesusteraan Melayu Satu Fenomena ‘Tidak Sihat’ –Presiden BUDIMAN

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem: Asia Dan Pasifik Tidak Bersedia Alami Perubahan – ESCAP

BACA JUGA: Imam Masjidil Aqsa Sekali Lagi Ditahan Perisik Rejim Haram Aparteid

Tambahnya, dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar pembakaran terbuka harus dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini.

Kata Muhammad Helmi lagi, walau bagaimanapun hujan lebat beserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.

Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: