Setiap Orang Mempunyai Sejarah Sendiri Yang Boleh Dibanggakan – Lukman Sherif
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 06 Februari 2023 – Peguam, Lukman Sheriff Alias menyatakan bahawa setiap orang mempunyai sejarah sendiri yang boleh dibanggakan.
Tambah beliau, orang Melayu sendiri mempunyai budaya dan jati diri yang perlu ditegakkan tanpa rasa malu.
BACA JUGA : Lebur Besi Perlukan Teknologi Tinggi
BACA JUGA: Peradaban Dengan Orang Melayu Tidak Boleh Terpisah – Pengerusi PEMBELA
BACA JUGA: Norway Sekat Majlis Bakar Al-Quran Atas Sebab Keselamatan
“Selagi mana kita tidak bercanggah dengan undang-undang, kita patut bangga, kita patut tegakkan budaya melayu kita dan kita jangan malu, ini bukan rasisma.”
Sebaliknya, Lukman Sheriff berpandangan orang yang sedang cuba menukar identiti sesuatu bangsa itu adalah kerana mereka terlalu idealistik atau tidak berpegang kepada kenyataan bahawa setiap orang punya sejarah yang mesti dibanggakan.
“Inilah pertembungan yang berlaku di dalam dunia, satu pihak mengatakan kita tidak patut berpegang kepada identiti kita, maka kita lihat satu dunia ada pergolakan, kecamukan, kerana cuba menukar budaya-budaya kita dan menyebabkan ketidakstabilan,” jelas beliau.
Hakikatnya, adalah tidak benar sama sekali mengatakan Melayu ini satu budaya rasisma dan orang Melayu sendiri perlu membuang rasa malu malah mesti berbangga memegang identiti Melayu itu sendiri.
Di samping berbangga dengan identiti, perlu juga mengambil kira agar tidak menindas orang lain, ujar Lukman Sheriff kepada wartawan samudera.my ketika ditemubual di forum ‘Peradaban Alam Melayu’ anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.