Tempatan

Ribut Petir Dijangka Landa Seluruh Negara Bermula Petang Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran terkini, di mana seluruh negara diramalkan dilanda ribut petir selama tiga hari berturut-turut bermula petang ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi tersebut bertarikh 28 Oktober 2022 – 30 Oktober 2022, Malaysia dijangka dilanda ribut setiap hari selama tiga hari berturut-turut itu di sebelah petang sehingga malam di beberapa negeri termasuk ibu negara.

Ramalan ribut petir tersebut juga melibatkan beberapa tempat di Sabah dan juga Sarawak.

METMalaysia juga melaporkan ramalan hujan di sebelah pagi dan malam di kesemua negeri Pantai Timur dan beberapa negeri lain, juga di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan berkenaan kenyataan seorang Pakar Klimatologi Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Fredolin Tangang yang menjangkakan bahawa situasi bencana terburuk yang pernah melanda negara pada 2014 bakal berulang terutama di negeri-negeri Pantai Timur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: