Tempatan

Angin Kencang, Ombak Besar Dan Hujan Dijangka Berterusan – METMalaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2022 – Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berlarutan sehingga 25 Disember ini dan berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri timur Semenanjung, Sabah & barat Sarawak serta di perairan Laut China Selatan.

Ramalan cuaca signifikan itu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada petang Rabu berdasarkan analisis model-model cuaca.

Justeru itu, METMalaysia juga telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Disember 2022, negeri Sarawak pada berkuatkuasa 23 – 24 Disember 2022 manakala bagi negeri Sabah berkuatkuasa 23 – 26 Disember 2022.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan pula sedang berkuat kuasa sehingga 25 Disember 2022.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: