AMARAN: Hujan Berterusan, Hospital Di Johor Bahru Dinaiki Air
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JOHOR BAHRU, 2 Ogos 2022 – Menurut sebuah laporan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dikatakan telah dinaiki air susulan hujan berlarutan semenjak tengah hari tadi.
Menurut laporan sama, kawasan HSA dinaiki air sehingga menjejaskan laluan pesakit, serta petugas dan jururawat juga difahamkan terkandas di dalam kawasan hospital susulan kejadian tersebut.
Turut tular di media sosial video yang memaparkan suasana banjir tersebut:
Video keadaan banjir yang berlaku di HSA sekarang ini di Johor Bahru. pic.twitter.com/yRVwcSUvdI
— Sepatah Dua Media (@sepatahdua_my) August 2, 2022
Rakyat diminta berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.