Tempatan

Bencana Banjir, Malaysia Rugi RM622.4 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 — Malaysia mengalami kerugian RM622.4 juta akibat banjir pada tahun 2022, berbanding RM6.1 bilion yang dialami tahun 2021, menurut data rasmi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Dalam Laporan Khas DOSM Mengenai Kesan Banjir di Malaysia 2022, lebih 82 peratus daripada kerugian ini dialami oleh tiga negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang sahaja.

BACA JUGA: Hentikan Dana Melampau Kerajaan Kepada Sekolah Swasta Vernakular – CIJ

Terengganu mencatatkan kerugian banjir paling teruk iaitu sebanyak RM215.2 juta dengan diikuti oleh Kelantan RM153.1 juta, yang secara kolektifnya mencecah RM368.3 juta atau 59.17 peratus apabila digabungkan.

BACA JUGA: Kartel ‘Kawal’ Harga Telur & Ayam, B60 Bakal Terkesan Teruk

Negeri ketiga paling teruk terjejas ialah Pahang yang mengalami kerugian RM144 juta akibat banjir tahun lepas.

Lain-lain negeri pula mencatatkan kerugian seperti berikut:

4. Kedah (RM30.8 juta)
5. Selangor (RM25.5 juta)
6. Negeri Sembilan (RM21 juta)
7. Perak (RM14.9 juta)
8. Sabah (RM6.3 juta)
9. Johor (RM4.4 juta)
10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM3.4 juta)
11. Melaka (RM2.3 juta)
12. Sarawak (RM1.3 juta)
13. Pulau Pinang (RM200,000)
14. Perlis (RM6,000)

BACA JUGA: Indonesia Tumpas ‘Ejen Bigboss’ Dalang Sindiket Seludup Rohingya Ke Malaysia

Daripada keseluruhan kerugian akibat banjir tahun lepas, aset awam dan infrastruktur menyumbang RM232.7 juta daripada kerugian, diikuti kerugian berkaitan tempat tinggal (RM157.4 juta), pertanian (RM154.5 juta), premis perniagaan (RM50.3 juta), kenderaan (RM18.8 juta), dan pembuatan (RM8.7 juta).

Kerugian yang dialami ini bersamaan 0.03 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal.

Terengganu mengalami kerugian tertinggi untuk tempat tinggal (RM84.2 juta), pertanian (RM79.1 juta), premis perniagaan (RM25.3 juta), dan pembuatan (RM7.1 juta).

Pahang pula yang mengalami kerugian tertinggi dalam kategori infrastruktur (RM140.1 juta), manakala Kedah mencatat kerugian tertinggi dalam ketegoti kenderaan sebanyak RM1.15 juta.

“Data laporan ini diperoleh daripada tinjauan khas yang dijalankan dari 8 Januari hingga 31 Disember 2022, dengan kerugian banjir termasuk nilai kerosakan rumah, kenderaan, perniagaan dan premis industri, manakala data daripada agensi kerajaan digunakan untuk kerosakan yang dialami oleh industri pertanian dan kerosakan pada aset dan infrastruktur awam,” katanya dalam laporan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: