Tempatan

Hujan Berterusan Di Kedah, Lebih 160 Mangsa Banjir Dipindahkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 27 Oktober 2022 – Lebih 160 mangsa dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah susulan hujan berterusan yang mengakibatkan banjir di daerah Padang Terap dan Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, hujan yang berterusan telah menyebabkan kenaikan air di Sungai Janing dan banjir di Kampung Perik, Kampung Labi dan Kampung Bendang Raja.

Beliau turut memaklumkan bahawa dua PPS telah dibuka di daerah Padang Terap manakala satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu malam semalam.

Seramai 43 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tualak, dan 33 orang daripada lapan keluarga pula berada di Sekolah Kebangsaan Perik.

Sementara itu, di daerah Kubang Pasu, SK Binjai telah dibuka sebagai PPS bagi menempatkan 91 orang daripada 28 keluarga dari Kampung Telok, Kampung Bendang Dalam dan Kampung Tanjung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: