Antarabangsa

Selepas Gempa Ke-3 Bandar Antakya, Turkiye, Sunyi Sepi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 23 Februari 2023 – Antakya, salah sebuah bandar utama yang paling teruk terkesan dengan gempa bumi kini berada di dalam keadaan sunyi sepi, yang mana sebelum ini bandar tersebut adalah sebuah bandar yang meriah dengan pelbagai aktiviti.

Keadaan yang digambarkan berlaku pada bandar tersebut kini dizahirkan dengan pemandangan jalan-jalan yang suram dan gelap, lampu-lampu di beberapa tempat yang menunjukkan kesan runtuhan bangunan, rangka-rangka tingkap yang pecah serta palang-palang.

BACA JUGA: Kumpulan B40, M40 Paling Banyak Keluarkan KWSP

BACA JUGA: 50 Ribu Pelajar SPM Gagal Bahasa Melayu & Sejarah

BACA JUGA: Bahasa Kebangsaan Itu Bahasa Rakyat Malaysia

Selain itu, kenderaan-kenderaan tentera dan polis yang memancarkan lampu berwarna merah dan biru menjelaskan lagi keadaan tempat tersebut yang telah berhadapan dengan tragedi yang dahsyat.

Bunyian mesin pengorek yang mengeluarkan kesan-kesan runtuhan di seluruh jalan sambil dilihat oleh pihak polis, tentera dan mereka yang terlibat dalam tindakan pengurusan bencana. Dalam beberapa keadaan, penggalian terpaksa dihentikan bagi mencari jasad-jasad yang masih diharapkan terselamat di dalam runtuhan.

“Semua orang telah tiada”, kata Mehmet Ay yang berusia 50 tahun yang merupakan antara salah seorang dari beberapa penduduk Antakya yang terselamat. Menurutnya lagi,

“Mereka sama ada telah terkorban ataupun telah meninggalkan tempat ini”.

Beliau turut menyuarakan rasa sedihnya apabila menyatakan bahawa jalan-jalan tersebut dahulunya disifatkan sebagai “syurga”, namun semuanya telah musnah hanya dalam satu malam di dalam kejadian bencana tersebut.

Ay kini berlindung bersama keluarganya di sebuah kem yang dibina sementara bagi mangsa-mangsa bencana tersebut.

Beliau turut berharap, bahawa dengan izin Tuhan, masa depan akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya walaupun ianya akan mengambil masa yang sangat panjang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: