Tempatan

Etnik Cina Rekod Median Upah Bulanan Tertinggi – Jabatan Perangkaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 06 Ogos 2023 – Etnik Cina mendahului median upah bulanan tertinggi iaitu RM4,000 pada Mac lalu.

Menurut statistik Upah Pekerja Suku Pertama Sektor Formal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kaum itu mendahului etnik lain, di mana India menduduki tempat kedua median upah bulanan iaitu RM2,500, manakala bumiputera dan lain-lain etnik adalah sebanyak RM2,000.

Sementara itu, laporan tersebut mendedahkan sebanyak 82 peratus pekerja sektor formal di Malaysia menerima gaji kurang RM5,000 dengan 35 peratus menerima pendapatan bawah RM2,000 sebulan.

BACA JUGA: Lagi Kes Bakar Al-Quran Sweden! Wanita Gesa Semua Agama Dihapuskan

BACA JUGA: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tolak Permohonan Wanita Keluar Islam

BACA JUGA: PRN: Berpada-Pada Pasang Bendera Parti Pada Kenderaan – Anthony Loke

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, angka tersebut menunjukkan pekerja formal di negara ini menerima gaji rendah dan ia sangat membimbangkan.

Ujarnya, dengan lebih 50 peratus menerima gaji di bawah RM3,000 menunjukkan sebahagian besar pekerja formal di negara ini menerima gaji di bawah paras gaji kehidupan wajar RM3,047.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar dasar gaji progresif dilaksanakan untuk membetulkan keadaan sedia ada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: