Tempatan

Adakah Kerja Anda Setimpal Gaji? Laman Web Ini Dedahkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Malaysian Paygap, sebuah laman web yang juga aktif di media sosial Instagram kini aktif membantu masyarakat Malaysia agar lebih cakna dengan soal isu gaji dan kebajikan pekerja.

Melalui akaun Instagram mereka, Malaysian Paygap gigih ‘melawan’ norma biasa di mana kebiasaannya masyarakat diajar untuk tidak berkongsikan tentang gaji masing-masing.

Hanya dengan cara mudah menghantar mesej peribadi kepada akaun Instagram mereka, Malaysian Paygap akan berkongsikan tentang butiran pekerjaan, tanggungjawab kerja, gaji dan kemudahan yang dikongsikan tanpa mendedahkan siapa yang berkongsi.

Melalui cara ini, pekerja dapat melihat dan membandingkan sendiri sama ada pekerjaan mereka berpadanan dengan gaji dan manfaat yang disediakan.

Antara perkongsian di akaun mereka yang baru dikongsikan adalah perkongsian daripada seorang ‘curator’ laman web, di mana menurut tuan badan yang berkongsi, dia merupakan seorang yang gagal SPM, namun berjaya mendapatkan daripada RM 5,000 hingga ke RM 8,000 sebulan.

Beliau menceritakan bagaimana susulan daripada kegagalannya di dalam SPM, keluarganya menyuruhnya untuk berkerja di bawah perniagaan keluarga dengan gaji serendah RM 1,500 walaupun perlu berkerja 7 hari seminggu, namun beliau menolaknya.

“Semua ahli keluarga ‘judge’ saya kerana mereka tidak percaya yang saya boleh buat lebih baik,” ujarnya.

Terdapat banyak lagi perbandingan gaji, kemudahan syarikat dan suasana berkerja yang dikongsikan oleh Malaysian Paygap, dan bagi mereka yang memerlukan data dan maklumat berkenaan, ia boleh didapati melalui laman web https://linktr.ee/malaysianpaygap mereka.

Terdahulu, portal The Sun melaporkan bahawa Kuala Lumpur adalah antara bandar yang paling ‘terlebih berkerja’, menurut sebuah kajian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: