Tempatan

Elaun Rendah, Kerajaan Perlu Pertimbang Laksana Skim Gaji Guru KAFA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2024 – Kerajaan digesa mempertimbang cadangan melaksanakan skim gaji bagi guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ekoran menerima elaun yang terlalu rendah.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, tindakan ini perlu kerana elaun yang diterima tidak sepadan dengan keadaan ekonomi semasa.

Ia juga bagi memastikan keselesaan hidup guru-guru KAFA dapat ditambah baik.

Ujar beliau, “Memang perlu disemak atau dipertimbang untuk mereka menerima skim gaji kerana elaun yang ada terlalu rendah.”

“Guru-guru KAFA ini mengajar tentang agama Islam dan mereka juga sebenarnya mahu mendapatkan pendapatan yang lebih baik berbanding sekarang.”

Terdahulu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB), Mohd. Azizee Hasan memaklumkan, guru KAFA tidak dibayar gaji tetapi elaun yang hanya berjumlah sekitar RM1,000 sebulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: