Lagi Kes Bakar Al-Quran Sweden! Wanita Gesa Semua Agama Dihapuskan
STOCKHOLM, 04 Ogos 2023 – Seorang pelampau sekali lagi bertindak membakar naskhah al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm dengan perlindungan pihak berkuasa negara itu.
Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, wanita kelahiran Iran, Bayrami Marjan telah membakar naskhah suci al-Quran di dalam sebuah brazier ketika berada di pantai Angbybadet, daerah Bromma.
Pada masa sama, individu tersebut juga dipercayai menghina al-Quran dengan menconteng, mengoyak dan membakarnya secara beransur-ansur.
BACA JUGA: PRN: Berpada-Pada Pasang Bendera Parti Pada Kenderaan – Anthony Loke
BACA JUGA: PRN: Rakyat Mahu Wakil Rakyat Dipilih Mampu Selesai Masalah Banjir
BACA JUGA: Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan
Bayrami turut membuat gesaan agar semua agama dihapuskan dan dimusnahkan.
Beberapa bulan kebelakangan ini, dunia menyaksikan beberapa insiden membakar dan menghina al-Quran berlaku di Denmark dan Sweden dengan keizinan pihak berkuasa.
Majoriti negara Islam mengutuk tindakan itu sehinggakan ada yang memanggil duta dua negara tersebut untuk mengeluarkan notis protes.