Tempatan

PRN: Berpada-Pada Pasang Bendera Parti Pada Kenderaan – Anthony Loke

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 04 Ogos 2023 – Sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN), pemandu kenderaan diingatkan supaya berpada-pada dan tidak berlebihan memasang bendera parti politik di kenderaan masing-masing.

Kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pemandu harus mengutamakan keselamatan jalan raya meskipun ingin meraikan dan memberi sokongan kepada parti politik yang disukai.

Ujarnya, “Sebarang pemasangan bendera parti politik terutama pada kenderaan berat wajar tidak sesekali mengabaikan keselamatan jalan raya.”

“Janganlah sampai mengganggu penglihatan pemandu sewaktu berada di jalan raya.”

BACA JUGA: PRN: Rakyat Mahu Wakil Rakyat Dipilih Mampu Selesai Masalah Banjir

BACA JUGA: Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan

BACA JUGA: Bonda Sultan Mangkat: Terengganu Larang Sebarang Himpunan Hiburan Sampai Isnin

Beliau turut menekankan, pemasangan bendera parti politik juga seharusnya tidak mengganggu pemanduan pengguna jalan raya lain.

“Begitupun, saya rasa tidak perlulah sampai ada larangan khusus (pemasangan bendera parti politik pada kenderaan).”

Sebaliknya, pemandu diingatkan supaya bertimbang rasa, berwaspada dan berhati-hati di jalan raya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: