Tempatan

Semua Agensi Pengurusan Bencana Seluruh Negara Diaktifkan– Ismail Sabri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERA, 19 November 2022 – Semua agensi dan pengurusan bencana seluruh negara sama ada di peringkat daerah dan negeri telah diaktifkan, ujar Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Walaupun hanya beberapa kawasan sahaja yang dilanda banjir ketika ini, beliau telah mengarahkan sedemikian di setiap negeri menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

“Saya dah beberapa kali terangkan… kita dah memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Kebangsaan, cuma sekarang tidak diwakili Menteri Besar, Ketua Menteri sebab pilihan raya.”

Namun begitu, ia diwakili semua agensi, wakil Kerajaan dan sebagainya. Arahan siap sedia juga telah dikeluarkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jawatankuasa Bencana Negeri telah diaktifkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, fokus utama waktu ini adalah di kawasan berisiko banjir seperti Sri Muda dan Klang yang terjejas teruk sebelum ini.

“Saya harap pihak Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya seperti di Klang atau Shah Alam, contohnya di Sri Muda kalau berlaku seperti dulu saya harap peringkat Negeri memastikan jawatankuasa pengurusan bencana Negeri bersedia,” ujar Ismail Sabri.

Beliau turut menekankan kepentingan pengurusan bencana banjir peringkat daerah di kawasan banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: