Tempatan

Kuala Kedah Dilimpahi Air Laut, Fenomena Air Pasang Besar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEDAH, 24 November 2022 – Beberapa kawasan di Kuala Kedah, hari ini ditenggelami air laut susulan fenomena air pasang besar yang berlaku pada jam 12.40 tengah malam tadi sehingga menyebabkan air laut melepasi ramalan iaitu 2.9 meter.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, “Berlaku limpahan air di Pekan Kuala Kedah, Pasar Kota Marina, kesan dari air pasang besar, selain terdapat sedikit kenaikan paras air di Terminal Feri Kuala Kedah dan Taman Seri Putra Kuala Kedah”.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar telah membuat pemantauan di sekitar kawasan tersebut antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi ini.

Walau bagaimanapun, tiada rumah dan premis perniagaan yang terjejas, manakala keadaan masih terkawal serta tidak menjejaskan aktiviti setempat.

Kapten (PA) Norlizawati Ismail menjelaskan bahawa tiada angin serta hujan berlaku ketika kejadian air pasang besar membadai beberapa kawasan di Kuala Kedah.

Justeru, pihaknya menasihatkan penduduk di kawasan pesisir pantai di Kuala Kedah supaya berhati-hati selain mengambil melangkah persediaan berikutan air pasang besar dijangka berlaku awal pagi esok dan Sabtu ini.

Terbaru, samudera.my melaporkan berkenaan fenomena air laut pasang besar yang berisiko menyebabkan berlakunya banjir dijangka melanda kawasan di dearah Klang hari ini sehingga Jumaat, 24 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: