Tempatan

Jaga-Jaga: Fenomena Air Pasang Besar Sudah Bermula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2022 – Pusat Hidrografi Nasional (PHN) mengingatkan orang ramai terutama penduduk yang berhampiran pesisir pantai untuk berwaspada dengan fenomena Air Pasang Besar yang diramalkan sedang berlaku.

“Pusat Hidrografi Nasional meramalkan Air Pasang Besar berlaku pada 14 hingga 17 Julai 2022 sesuai Jadual Pasang Surut Malaysia 2022,” kata pusat itu dalam Twitter mereka.

Fenomena ini berlaku disebabkan pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari yang terjadi ketika kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam keadaan selari.

Mei 2022 yang lalu, lima kawasan di empat daerah di Kedah terjejas akibat banjir kilat disebabkan fenomena air pasang besar yang melanda.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, hujan lebat satu jam serta limpahan air pasang besar dengan ketinggian hampir tiga meter di laut menyebabkan banjir kilat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: