Antarabangsa

Melampau! Penganut Buddha Thailand Pula Pijak Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 13 Julai 2023 – Tular di media sosial tindakan seorang lelaki Thailand dipercayai beragama Buddha yang bangga memijak kitab suci al-Quran.

“Astaghfirullah halazim hina Al-Quran berlaku dalam tempatan 3 wilayah,” demikian kenyataan dari seorang pengguna Facebook, Asming Saleh yang berkongsikan gambar dan akaun individu yang menghina al-Quran tersebut.

Semakan samudera.my ke laman Facebook lelaki berkenaan, มะดี นาแว (ลุง), mendapati, beliau bukan sahaja memijak dan mengoyakkan al-Quran, malah menggunakan lembaran kalimah suci umat Islam itu sebagai pelapik selipar.

BACA JUGA: Ternak Ayam Di Kandang Babi: Tauke Tiada Lesen Telah Dikompaun

BACA JUGA: Wanita China Punca Kecoh KLIA Didakwa Belum Pulang? KP SPRM Sila Jawab – CIJ

BACA JUGA: Tular Video Ayam Dalam Kandang Babi, Netizen Tuntut Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Susulan pendedahan ini, majoriti netizen mendoakan semoga perbuatan lelaki tersebut diazab Allah SWT.

“Semoga dpt balasan secepatnye,” kata Rahmat Rahmat, seorang pengguna Facebook.

Rohana Awie pula berkata, “Esok2 tak boleh berjalan lah kaki tu…”

Terdahulu, umat Islam seluruh dunia digemparkan dengan beberapa insiden pembakaran dan penghinaan al-Quran yang berlaku di negara Eropah kebelakangan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: