Tempatan

Bantah Pelantikan SUHAKAM : Alasan CPR Cetek, Hipokrit & Tiada Kredibiliti – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2022 – “Alasan membantah adalah cetek, hipokrit dan sebenarnya menunjukkan mereka menolak seorang Muslim biasa dan seorang yang berpegang kepada Perlembagaan sebagai pesuruhjaya,” ujar peguam, Lukman Sheriff Alias dalam satu kenyataan melalui laman Facebook miliknya mengenai tindakan CSO Platform for Reform (CPR) yang mengeluarkan kenyataan membantah pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM.

Peguam itu dalam kenyataannya memberitahu antara alasan pertama CSO Platform for Reform (CPR) adalah, mereka membantah pelantikan seorang pesuruhjaya yang merupakan bekas Ketua Pengarah JAKIM kerana menolak LGBT. Hal ini menimbulkan banyak persoalan.

“Apakah SUHAKAM ini terbuka kepada yang mendokong eligibiliti (LGBT) sahaja? Adakah ini kriteria pesuruhjaya SUHAKAM? Nilai ini sungguh bertentangan dengan nilai masyarakat Malaysia tak kira Muslim atau bukan Muslim. Kalau beginilah pegangan mereka hampir semua umat Islam tidak boleh jadi pesuruhjaya SUHAKAM. Muslim yang totok liberal sahajakah yang boleh menjadi pesuruhjaya SUHAKAM?” soal beliau.

Selain daripada itu, CPR juga membantah kerana seorang pesuruhjaya menolak Statut Rom dan ICERD. Alasan ini menurut Lukman Sheriff sesuatu yang hipokrit dan bersifat dua darjat (double standard) kerana jika dilihat tonggak ahli CPR ini, ada di antara mereka merupakan penerima tegar dana dari Amerika Syarikat (AS) yang menolak Statut Rom.

“Ini tak pa pula? Dahlah itu salah satu ketua NGO yang menerima dana ini pernah menjadi pesuruhjaya SUHAKAM. Tak bising pula dahulu? Alasan CPR ini “stinking to high heavens”. Dia buat boleh orang lain buat tak boleh.”

Dan alasan mereka mengenai seorang pesuruhjaya yang menolak ICERD, ia bertentangan Perlembagaan yang mereka sendiri patut pertegakkan. ICERD jelas bertentangan dengan Perlembagaan. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri akur bahawa mereka silap dan akan menghormati Perlembagaan. Kenapa CPR tidak boleh hormati pendirian ini dan sebaliknya menjadikannya alasan membantah? Jelas mereka sekali lagi memandang remeh Perlembagaan kita. Mereka ini sudah menyimpang.

Saya pernah berdebat awam dengan pesuruhjaya SUHAKAM dari kumpulan mereka dan jelas mereka tidak hiraukan Perlembagaan. Nampak sangat mereka pandang remeh Perlembagaan kita. Apabila ditekan barulah cuba berhujah menggunakan Perlembagaan tetapi hujah mereka berbelit-belit tidak konsisten dengan perbuatan mereka. Hancur mereka ni. Mereka tak boleh jawab dahulu. Sebagai pesuruhjaya dari Malaysia seseorang itu hendaklah menghormati Perlembagaan. Ini basic atau asas,” ujar Lukman Sheriff yang juga Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA).

Beliau turut berpandangan, CSO Platform for Reform (CPR) ini seperti COMANGO yang mendakwa terdiri dari 120 NGO-NGO termasuk SIS, G25, KOMAS dan banyak lagi NGO yang berhaluan liberal kiri. Menariknya dalam kumpulan ini adalah NGO seperti Non Timber Forest Product, Undi 18, University of Malaya Association of New Youth dan Persatuan Penduduk Petaling Jaya.

“Strange bedfellows dan menimbulkan banyak tanda tanya. Misalnya adakah penduduk PJ memberi mandat kepada persatuan penduduk PJ melibatkan dalam issue “elgibiliti” (LGBT) dan bantah pelantikan SUHAKAM? Kalau tidak bukankah ini misrepresentasi?”

Walau bagaimanapun, kredibiliti CPR ini terus tercalar apabila mereka menamakan NGO-NGO ini tanpa persetujuan mereka. Dalam senarai 120 NGO, mereka mendakwa IKRAM dan ABIM bersetuju dengan petisyen mereka. Tetapi ABIM dan IKRAM kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak dirunding dan meminta nama mereka ditarik keluar. Ini menimbulkan banyak kesangsian ke atas kredibiliti senarai NGO mereka. Kenapa CPR berbuat demikian? Nampak mereka terdesak sangat.

Namun malangnya, media Bahasa Inggeris di Malaysia ini terus mendewa dan mengarusperdanakan naratif mereka dan berkemungkinan, penolakan ABIM dan IKRAM tidak akan disiarkan kerana takut akan memalukan mereka. Jadi pembaca media Inggeris mendapat pandangan berat sebelah dan merasakan pendirian dua darjat, yang prejudis Muslim dan bertentangan dengan Perlembagaan ini adalah betul dan patut dipertegakkan.

Another deep echo chamber berlaku lagi. Aduhai Malaysia,” kata Lukman Sheriff dengan penuh kesal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: