Antarabangsa

Media Konservatif AS Mula Promosi LGBT

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 13 JUN 2022 – Dalam satu episod dari segmen America’s Newsroom, penyampai Fox News Bryan Llenas telah membuat satu sorotan khusus terhadap kisah Ryland Whittington, seorang perempuan muda yang mana keluarganya telah menerima perubahan transgender Ryland kepada seorang lelaki ketika dia masih berusia lima tahun.

Pada sesi pengenalan segmen tersebut, Llenas telah menyifatkan Whittington sebagai “seorang remaja California yang biasa”. Menurut ibunya Hillary Whittington, Rynald telah memberitahu kedua ibu bapanya yang dia sebenarnya adalah seorang anak lelaki sejak sebelum dia mula pandai bertutur lagi.

Kedua ibu bapa Rynald memberi sokongan penuh terhadap keputusannya apabila dia mula menjadi seorang transgender seawal usia lima tahun. Walaupun keluarga Whittington berpegang kepada nilai-nilai kepercayaan konservatif yang amat sinonim dengan penolakan terhadap sebarang unsur LGBT, namun ibu Reynald percaya bahawa “Tuhan telah mencipta Ryland sebagaimana adanya ‘dia’”, dengan menggunakan kata ganti nama lelaki ‘he’ bagi merujuk kepada anaknya.

Fox News merupakan sebuah saluran berita yang disifatkan sebagai media konservatif yang sering memaparkan berita-berita yang memihak kepada sisi politik konservatif terutamanya Parti Republikan. Berikutan kecenderungan politik Fox News, media tersebut sering mendapat kritikan di atas keterbukaannya dalam menyelar LGBT.

Berikutan Fox News kali ini memaparkan segmen yang bersifat mempromosikan LGBT, media tersebut telah menerima banyak kritikan dan kecaman daripada golongan-golongan konservatif di Amerika Syarikat (AS).

“Organisasi terkini yang mempromosikan penukaran jantina kanak-kanak bawah umur disebabkan kanak-kanak tersebut mengatakan dirinya seorang trans? FOX NEWS,” kata sebuah akaun di Twitter sambil sambil mengajak pengikut Twitternya meninggalkan topik tersebut.

“Saya menyukai @FoxNews dan @DanaPerino tapi apakah ini? Kanak-kanak perempuan tersebut takkan mempunyai anak dan mula menukarkan jantina, bahkan sebelum dia sampai dapat memberi kebenaran terhadap aktiviti seksual. Ini satu kegilaan dan Fox tidak sepatutnya terlibat!” ujar seorang lagi di Twitter.

“Gelarkanlah saya ini ketinggalan zaman, tapi saya lebih suka apabila saluran berita konservatif saya tidak menggalakkan ibu bapa untuk mengubah jantina anak kecil mereka,” kata Mickael Knowles dalam ciapannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: