Tempatan

PUSPAL Wajar Bertegas Bendung Artis Barat Promosi LGBT – Ustaz Ahmad Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) disarankan untuk memainkan peranan membendung kemasukan artis Barat yang mempromosi LGBT dari membuat persembahan di negara ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB Ustaz Dato’Haji Ahmad Yahaya berkata, kita harus menyedari bahawa agenda normalisasikan LGBT dalam negara sentiasa berlaku melalui jarum yang sangat halus.

Berikutan itu, tindakan segera dan tegas amatlah wajar bagi membendung perkara tersebut dari terus meracuni pemikiran anak bangsa biarpun secara tidak langsung.

BACA JUGA: Mengenang 75 Tahun An Nakba, Ribuan Berarak Di Bandar-Bandar Besar Dunia

BACA JUGA: Tangan Ghaib Punca Kerajaan Gugurkan Rayuan Kes Kalimah Allah Jill Ireland?

BACA JUGA: Cuaca Panas: Amaran Berjaga-Jaga Buat 12 Kawasan

Beliau yang berkata demikian dalam satu kenyataan turut menegaskan bahawa PUSPAL harus bertindak secara aktif bagi menangani hal ini.

“Sikap keterbukaan yang tiada sempadan serta garis panduan yang khusus dalam membendung kemasukan artis yang mempromosi LGBT hanya menambah sosial anak muda dalam negara,” jelasnya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mengatakan bahawa DUPP sudah berulang kali mengingatkan Kerajaan agar menambah baik garis panduan terhadap PUSPAL termasuklah dari sudut keanggotaan serta peranan agensi di dalamnya.

“Peranan agensi agama seperti JAKIM wajar diketengahkan bagi memastikan peranan PUSPAL yang lebih komprehensif,” ulasnya lanjut.

Di samping itu, DUPP turut menyarankan agar terdapatnya satu usaha ke arah penggubalan peruntukan undang-undang yang khusus bagi membentengi negara daripada ancaman LGBT.

Ia adalah bagi memastikan negara bebas daripada normalisasi budaya tersebut serta mengekalkan dasar menolak pengaruh budaya LGBT.

Dalam masa yang sama, kata beliau, penganjuran sebarang bentuk program yang merosakkan nilai dan jati diri golongan muda dalam negara adalah bertentangan dengan imej ketimuran serta dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan membentuk, mengangkat serta mengekalkan identiti budaya yang diamalkan di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: