NGO

Wira Putra Kecam Kerajaan Benar Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Kristian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. Wira PUTRA mengecam sekerasnya pendirian Kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi penganut Kristian menggunakan Kalimah Allah, Baitullah kaabah dan solat dalam penerbitan agama tersebut.

2. Wira PUTRA tertanya-tanya di mana letaknya ketertinggian Agama Islam seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan pada mata Kerajaan Madani?

3. Penggunaan Kalimah Allah yang dihadkan sebelum ini jelas bagi mengelakkan penyelewengan, penyalahgunaan serta kekeliruan dari segi istilah dan juga bahasa yang digunakan antara orang Islam dan bukan Islam.

4. Jangan kerana nak menunjukkan keterbukaan Kerajaan Madani akhirnya tergadai akidah dan berlaku kecelaruan anak muda Islam masa depan. Keputusan ini jelas menunjukkan konsep Madani yang diketengahkan oleh pemimpin Islam di dalam UMNO, PKR dan Amanah bercelaru dan hanya retorik semata-mata. Kesucian agama Islam bukanlah perjuangan yang benar dan bersungguh-sungguh bagi mereka.

5. KDN sepatutnya tegas mempertahankan kesucian Kalimah Allah serta memastikan perkara sensitif seperti ini tidak dibangkitkan bagi memastikan kestabilan dan perpaduan yang dicanang tidak berakhir dengan pertelingkahan dan persengketaan antara penganut agama di Malaysia.

6. Wira PUTRA menggesa Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia untuk memberi penjelasan dan justifikasi yang lengkap mengapa ia di tarik semula.

Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif
Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: