Tempatan

Amalan ‘Kaum Nabi Lut’ Wajib Ditolak – Presiden PERKID

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023 – “Sebarang ajaran sesat dan liberal wajib ditolak terutama amalan kaum LGBT yang dilaknat oleh Allah S.W.T sejak di zaman Nabi Lut A.S lagi,” kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi bin Sat.

Kenyataan beliau ini adalah merujuk kepada sebuah artikel bertajuk “Akibat Tidak Sokong LGBTQ+, Malaysia Dianggap Negara Paling Teruk Oleh Kumpulan Hak Asasi Transgender” yang dikongsikan di laman Facebooknya.

BACA JUGA: MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan

BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor

BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah Akan Disalurkan Sebelum Raya Haji

Menurut beliau, pengiktirafan daripada hak asasi orde Barat bukanlah satu kepentingan kerana mereka hanya membela golongan mereka sahaja biarpun banyak lagi penindasan serta kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam seluruh dunia yang tidak dipedulikan mahupun dibela oleh mereka.

Ustaz Masridzi dalam kenyataannya itu turut menyeru agar ejen mahupun organisasi mereka yang berada dalam negara umat Islam diperbetulkan atau terus diboikot sekiranya mereka berdegil.

Baru-baru ini, Indeks Hak Trans Global meletakkan Malaysia, Arab Saudi, Malawi dan Emiriah Arab Bersatu sebagai negara paling teruk bagi golongan transgender.

Katanya, Malaysia dan tiga negara berkenaan tidak mempunyai perlindungan bagi pekerja, diskriminasi dan penjenayah serta ‘cross-dressing’ dihukum dengan hukuman denda sehingga penjara, di lapan daripada sepuluh negara paling teruk bagi golongan songsang berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: